Hadith for the World
Tap the image to view it full size
Virtues and Manners

Daripada ‘Umar bin al-Khattab رضي الله عنه, bahawa beliau mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

Available in 71 languages
«Daripada ‘Umar bin al-Khattab رضي الله عنه, bahawa beliau mendengar Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sekiranya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya Dia akan memberi kamu rezeki sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung. Ia keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang.”»

Meaning translation ·

Explanation

The meaning in a few plain lines

Nabi صلى الله عليه وسلم mendorong kita untuk bergantung sepenuhnya kepada Allah عز وجل dalam mendapatkan manfaat dan menolak kemudaratan, baik dalam urusan dunia mahupun agama, kerana tiada yang memberi, menahan, memudaratkan, atau memberi manfaat selain daripada-Nya. Kita juga disuruh melakukan sebab-sebab yang mendatangkan manfaat dan menolak kemudaratan dengan kebergantungan penuh kepada Allah. Apabila kita melakukannya maka Allah akan memberi rezeki kepada kita sebagaimana Dia memberi rezeki kepada burung yang keluar pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu petang dalam keadaan kenyang. Perbuatan burung ini merupakan salah satu bentuk usaha dalam mencari rezeki, bukan bermaksud bertawakal sambil bersikap malas atau tidak berusaha.

Source
رواه الترمذي وابن ماجه وأحمد
Download image

Saved at original quality