Hadith for the World
Tap the image to view it full size
Jurisprudence and Juristic Principles

Daripada Ibn Umar رضي الله عنهما, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

Available in 64 languages
«Daripada Ibn Umar رضي الله عنهما, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Segala yang memabukkan adalah arak, dan segala yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia dan mati dalam keadaan ketagihannya tanpa bertaubat maka dia tidak akan meminumnya di akhirat.”»

Meaning translation ·

Explanation

The meaning in a few plain lines

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjelaskan bahawa segala benda yang menutupi akal dan menghilangkannya adalah arak yang memabukkan, sama ada minuman, makanan, sedut (melalui hidung) atau seumpamanya. Segala yang memabukkan dan menghilangkan akal telah diharamkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla dan dilarang, sama ada sedikit atau banyak. Sesiapa yang meminum sebarang jenis minuman memabukkan, terus-menerus mengamalkannya, dan tidak bertaubat sehingga meninggal dunia, maka dia layak menerima hukuman Allah dengan tidak diberi minumannya di syurga.

Source
رواه مسلم وأخرج البخاري الجملة الأخيرة منه
Download image

Saved at original quality