Hadith for the World
Tap the image to view it full size
The Noble Qur'an and Qur'anic Sciences

Daripada Ubay bin Ka‘b رضي الله عنه, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

Available in 70 languages
«Daripada Ubay bin Ka‘b رضي الله عنه, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Wahai Abu al-Munzir, tahukah engkau ayat manakah daripada kitab Allah yang paling agung?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Wahai Abu al-Munzir, tahukah engkau ayat manakah daripada kitab Allah yang paling agung?” Aku menjawab: “{اللهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} [البقرة: 255].” Lalu baginda menepuk dadaku, dan bersabda: “Demi Allah, semoga engkau berbahagia dengan ilmu ini, wahai Abu al-Munzir.”»

Meaning translation ·

Explanation

The meaning in a few plain lines

Nabi ﷺ bertanya kepada Ubayy bin Ka'b tentang ayat yang paling agung di dalam kitab Allah, lalu beliau teragak-agak untuk menjawab. Kemudian, beliau berkata: "Ia adalah Ayat al-Kursi: {Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya)}." Maka Nabi sallallahu 'alaihi wasallam membenarkannya, lalu Baginda menepuk dadanya sebagai isyarat akan kepenuhannya dengan ilmu dan hikmah, dan mendoakannya agar beliau berbahagia dengan ilmu ini serta dipermudahkan baginya.

Source
رواه مسلم
Download image

Saved at original quality