44 hadiths
Daripada Abu Zar رضي الله عنه: Daripada Nabi صلى الله عليه وسلم menceritakan daripada Allah تبارك وتعالى bahawa Dia berfirman: “Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas Diri-Ku, dan menjadikannya haram antara kamu semua, maka janganlah kamu menzalimi antara satu sama lain.
Wahai hamba-hamba-Ku! Kesemua kamu dalam keadaan sesat kecuali orang yang Aku berikan hidayah kepadanya, maka mintalah petunjuk daripada-Ku, nescaya Aku tunjukkan kepadamu.
Wahai hamba-hamba-Ku! Kesemua kamu dalam keadaan lapar kecuali orang yang Aku beri makan, maka mintalah makanan daripada-Ku, nescaya Aku beri kamu makan.
Wahai hamba-hamba-Ku! Kesemua kamu dalam keadaan telanjang kecuali orang yang Aku beri pakaian, maka mintalah pakaian daripada-Ku, nescaya Aku mengurniakan pakaian kepadamu.
Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya kamu melakukan kesalahan pada siang dan malam, dan Aku mengampuni segala dosa, maka mohonlah ampun daripada-Ku, nescaya Aku ampunkan dosa-dosamu.
Wahai hamba-hamba-Ku! Kamu tidak akan dapat memberi kemudaratan kepada-Ku yang boleh memudaratkan Aku dan kamu tidak akan boleh memberi manfaat kepada-Ku yang Aku boleh mendapat manfaat tersebut.
Wahai hamba-hamba-Ku! Sekiranya seluruh kamu daripada permulaan hingga penghujung, manusia dan jin, memiliki sebaik-baik hati maka ia tidak akan menambah apa-apa pun pada kerajaan-Ku.
Wahai hamba-hamba-Ku! Sekiranya seluruh kamu dari permulaan hingga penghujung, manusia dan jin, memiliki sejahat-jahat hati maka ia tidak akan mengurangkan apa-apa pun daripada kerajaan-Ku.
Wahai hamba-hamba-Ku! Sekiranya seluruh kamu, manusia dan jin, berkumpul di satu tempat dan meminta daripada-Ku, lalu Aku memberi setiap seorang apa yang dimintanya, tidak akan berkurang sedikit pun daripada milik-Ku, kecuali seperti jarum yang dimasukkan ke dalam laut.
Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya ia hanyalah amalan-amalanmu yang akan Aku hitung, kemudian Aku akan membalasnya kepadamu. Sesiapa yang mendapat kebaikan, hendaklah dia memuji Allah, dan sesiapa yang mendapat selain itu, janganlah dia menyalahkan selain dirinya sendiri.”رواه مسلم