The Creed
Ibnu Abbas رضي الله عنهما berkata:
Available in 71 languages
«Ibnu Abbas رضي الله عنهما berkata: Suatu hari aku berada di belakang Rasulullah ﷺ, lalu baginda bersabda: “Wahai anak muda, sesungguhnya aku mahu mengajarmu beberapa kalimat; Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu. Apabila kamu meminta, mintalah kepada Allah, dan apabila kamu memohon pertolongan, mohonlah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, jika seluruh umat berkumpul untuk memberimu suatu kebaikan maka mereka tidak akan mampu memberikanmu kebaikan itu kecuali sesuatu yang Allah telah tetapkan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk menimpakan mudarat kepadamu maka mereka tidak akan mampu menimpakan mudarat kecuali sesuatu yang telah Allah tetapkan ke atasmu. Pena telah diangkat dan lembaran telah kering.”»Meaning translation ·
Saved at original quality








