Hadith for the World

All hadiths

The complete card collection, filter by chapter

655 hadiths

عن عمرو بن شعيب، عن أبيه، عن جده قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «يَدُ المسلمين على مَن سِواهم، تَتَكافَأُ دِماؤهم وأموالُهم، ويُجِيرُ على المسلمين أدْناهم، ويَرُدُّ على المسلمين أَقْصَاهم».رواه أبو داود وابن ماجه وأحمد
عن عائشة رضي الله عنها : أنّ قومًا قالوا: يا رسول الله إنّ قومًا يأتوننا باللحم لا نَدري أَذَكروا اسمَ الله عليه أم لا، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : «سَمُّوا الله عليه وكُلُوه».رواه البخاري
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: «إن لله تِسْعَةً، وتِسْعِينَ، اسْمًا، مِائَةً إلا واحدا مَنْ أَحْصَاهَا دخل الجنة».متفق عليه
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar رضي الله عنهما, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: Islam itu dibina atas lima perkara: Mengucapkan syahadah bahawa tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad ﷺ ialah hamba dan utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji bagi yang mampu dan berpuasa pada bulan Ramadan.متفق عليه
Daripada Abu Sa‘id al-Khudri رضي الله عنه berkata: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lidahnya dan sekiranya tidak mampu juga, maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman."رواه مسلم
Daripada Abu Malik al-Ash‘ari رضي الله عنه, beliau berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: "Kesucian adalah separuh iman. Ucapan Alhamdulillah memenuhi timbangan dan ucapan Subhanallah dan Alhamdulillah memenuhi apa yang ada di langit dan di bumi., Solat itu cahaya, sedekah itu bukti, sabar itu sinar dan al-Quran akan menjadi pembela atau pendakwamu. Setiap manusia keluar (pada waktu pagi), lalu menjual dirinya; sama ada membebaskan dirinya (dengan amalan soleh) atau membinasakannya (dengan dosa)."رواه مسلم
Daripada Mu‘az رضي الله عنه, beliau berkata: Aku membonceng di belakang Nabi ﷺ di atas seekor keldai yang bernama 'Ufair. Lalu baginda bersabda: “Wahai Mu'az, tahukah engkau hak Allah ke atas hamba-Nya, dan apa hak hamba ke atas Allah?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya hak Allah ke atas hamba-Nya adalah agar mereka menyembah-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, dan hak hamba ke atas Allah adalah Dia tidak akan mengazab sesiapa yang tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun” Lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah, bolehkah aku sampaikan berita gembira ini kepada orang ramai?” Baginda bersabda: “Jangan sampaikan kepada mereka, nanti mereka akan berserah sahaja.”متفق عليه
Daripada Jabir RA, beliau berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ lalu bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah dua perkara yang mewajibkan itu?” Baginda bersabda: «Sesiapa yang mati tanpa menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk syurga; dan sesiapa yang mati dalam keadaan menyekutukan Allah dengan sesuatu, maka dia akan masuk neraka»رواه مسلم
Daripada ‘Aisyah رضي الله عنها, beliau berkata: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah, Ibn Jud‘an semasa jahiliah dia menyambung silaturahim dan memberi makan orang miskin, apakah itu bermanfaat baginya?” Baginda bersabda: “Tidak bermanfaat, kerana dia tidak pernah mengatakan: ‘Wahai Tuhanku, ampunilah kesalahanku pada Hari Pembalasan.’”رواه مسلم
Daripada Sufyan bin Abdullah al-Thaqafi رضي الله عنه, beliau berkata: Aku berkata: “Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku satu ucapan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya tentangnya kepada sesiapa pun selain engkau.” Baginda bersabda: “Katakanlah: ‘ “Aku beriman kepada Allah" kemudian istiqamahlah.”رواه مسلم وأحمد
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: «Kiamat tidak akan berlaku sehingga matahari terbit dari barat. Maka apabila ia terbit dan manusia melihatnya, mereka semua beriman, maka pada waktu itulah: {Tidak lagi bermanfaat iman seseorang kepada dirinya yang belum beriman sebelum itu, atau (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya} [al-An'am: 158]. Dan sungguh, kiamat akan berlaku ketika dua orang lelaki sedang membentangkan kain antara mereka, lalu mereka tidak sempat berjual beli dan tidak pula sempat melipatnya. Dan sungguh, kiamat akan berlaku ketika seorang lelaki pulang membawa susu untanya yang baru diperah, lalu dia tidak sempat meminumnya. Dan sungguh, kiamat akan berlaku ketika seseorang sedang memperbaiki kolam airnya, lalu dia tidak sempat memberi minum (ternakannya) daripadanya. Dan sungguh, kiamat akan berlaku sedang salah seorang daripada kamu telah mengangkat suapan makanannya ke mulutnya, lalu dia tidak sempat memakannya».متفق عليه
Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Api kamu adalah satu bahagian daripada 70 bahagian dari api neraka Jahannam.” Lalu ditanyakan: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ia (api dunia) sudah pun mencukupi.” Baginda bersabda: “Ia telah dilebihkan ke atasnya dengan 69 bahagian, yang mana kesemuanya adalah sama panasnya.”"متفق عليه
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As رضي الله عنهما, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Allah telah menulis takdir makhluk sebelum Dia menciptakan langit dan bumi selama lima puluh ribu tahun, sedang Arasy-Nya berada di atas air.”رواه مسلم
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ».متفق عليه
Daripada 'Abdullah bin 'Amr رضي الله عنهما, beliau berkata, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: "Dikatakan kepada sahabat al-Quran: ‘Bacalah dan naiklah, serta bacalah al-Quran dengan tartil sepertimana kamu membacanya dengan tartil di dunia. Sesungguhnya kedudukanmu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca."رواه أبو داود والترمذي والنسائي في الكبرى وأحمد
Daripada Ubay bin Ka‘b رضي الله عنه, beliau berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Wahai Abu al-Munzir, tahukah engkau ayat manakah daripada kitab Allah yang paling agung?” Aku menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Wahai Abu al-Munzir, tahukah engkau ayat manakah daripada kitab Allah yang paling agung?” Aku menjawab: “{اللهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} [البقرة: 255].” Lalu baginda menepuk dadaku, dan bersabda: “Demi Allah, semoga engkau berbahagia dengan ilmu ini, wahai Abu al-Munzir.”رواه مسلم
عَنْ ‌عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ رضي الله عنها أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ، ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا، ثُمَّ سَلُوا اللهَ لِيَ الْوَسِيلَةَ، فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ، لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللهِ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ، فَمَنْ سَأَلَ لِيَ الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ».رواه مسلم
عن أنس بن مالك رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «مَنْ نَسِيَ صَلَاةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لَا كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ: {وَأَقِمِ الصَّلاةَ لِذِكْرِي} [طه: 14]».متفق عليه
عَنْ ‌أَبِي قَتَادَةَ السَّلَمِيِّ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ».متفق عليه
عَنْ ‌أَبِي حُمَيْدٍ أَوْ عَنْ ‌أَبِي أُسَيْدٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ فَلْيَقُلِ: اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ، وَإِذَا خَرَجَ فَلْيَقُلِ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ».رواه مسلم
عن جابرٍ رضي الله عنه قال: سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول: «إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاةِ».رواه مسلم
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَسْوَأُ النَّاسِ سَرَقَةً الَّذِي يَسْرِقُ صَلَاتَهُ» قَالَ: وَكَيْفَ يَسْرِقُ صَلَاتَهُ؟ قال: «لَا يُتِمُّ رُكُوعَهَا، وَلَا سُجُودَهَا».رواه ابن حبان
عَنِ ‌ابْنِ أَبِي أَوْفَى رضي الله عنه قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَفَعَ ظَهْرَهُ مِنَ الرُّكُوعِ قَالَ: «سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ، اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ، مِلْءَ السَّمَاوَاتِ وَمِلْءَ الْأَرْضِ وَمِلْءَ مَا شِئْتَ مِنْ شَيْءٍ بَعْدُ».رواه مسلم
عن عُثْمَانَ بْنَ أَبِي الْعَاصِ رضي الله عنه: أنه أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّ الشَّيْطَانَ قَدْ حَالَ بَيْنِي وَبَيْنَ صَلَاتِي وَقِرَاءَتِي يَلْبِسُهَا عَلَيَّ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «ذَاكَ شَيْطَانٌ يُقَالُ لَهُ خِنْزَِبٌ، فَإِذَا أَحْسَسْتَهُ فَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْهُ، وَاتْفُلْ عَلَى يَسَارِكَ ثَلَاثًا»، قَالَ: فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَهُ اللهُ عَنِّي.رواه مسلم